Alya Adriana Ketinggian, nisbah Semoga anak ini
menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.
Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap Kelebihan
ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang
bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam
hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan
apa yang diperkatakan.
Firuz Yang indah Nama yang mudah terkenal
suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun.
Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.
Dalili Fahimah Pemimpin/yang bijak Ibu bapa memang
mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi
beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa,
agama dan negara.
Dhia Syarafana Cahaya/kemuliaan Anak yang dididik dengan penuh
disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan
menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi
sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh
dan teladan yang baik kepada masyarakat.
Diyanah agama Nama yang cukup sinonim dengan
kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih,
berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap
didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat
dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan
kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.
Iffah Huriyyah Suci terpelihara/bidadari Alangkah
bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan
memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja
perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok,
pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini
terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci
lagi terpelihara.
Irdina Ilmuna Kehormatan kami/pengetahuan kami Semoga
anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan
yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi
zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau
berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.
Izzah Insyirah Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati Semoga
anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang
dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang
telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.
Izz Zayani Kekuatan/yang cantik Kehadiran anak
yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap
kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan.
Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada
dunia dan akhiratnya.
Iffah Tahu harga diri Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak
perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak
anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifat yang baik ini.
Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di
tempat-tempat awam.
Lina Nadhirah Kelembutan/yang berseri Semoga anak
menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan
yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga
bahagia.
Liya Zafirah Yang beroleh kemenangan Liya adalah
nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu
bapanya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama
ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat
keberkatan ibu bapa.
Laila Nahwah Keseronokan, kekasih / berakal Gabungan nama yang sangat
serasi untuk dipilih kepada ibu bapa yang sangat penyayang. Anak adalah tanda
kasih sayang yang terjalin antara suami dan isteri. Selalunya gabungan ibu bapa
yang romantis mampu melahirkan anak yang sangat pintar. Cubalah memilih nama ini,
insya-Allah anak yang dilahirkan menjadi manusia yang tahu menggunakan akalnya
ke arah perkara-perkara kebaikan.
Nawal Atiyah Memperolehi sesuatu/pemberian Anak
merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya
laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapa.
Nawal Najah Hadiah/kejayaan Kegembiraan ibu bapa
bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia
merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.
Wafa Thahirah Kesetiaan/yang suci Anak ini akan
menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat
keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah.
Ia juga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.
Wani Hazirah Mutiara/pilihan yang terbaik Seorang
anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik
menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak
dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.
Watin Wardah Yang sempurna/sekuntum bunga mawar Anak
yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi
harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak
perempuan kepada ibu bapa. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu
sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu
bapa masa kini.
Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna Lahirnya
anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak
menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga
yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada
kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.
Wafiy Munirah Setia/yang cantik Anak perlu dididik untuk
menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru
dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang
diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi
orang yang baik dan cantik budi pekertinya.
Alya Adriana Ketinggian
Alya Jazilah Ketinggian/bijak bercakap
Dalili Fahimah Pemimpin/yang bijak
Dhia Syarafana Cahaya/kemuliaan
Diyanah agam
Iffah Huriyyah Suci terpelihara/bidadari
Irdina Ilmuna Kehormatan kami/pengetahuan
kami
Izzah Insyirah Kemuliaan/kegembiraan,
lapang hati
Izz Zayani Kekuatan/yang cantik
Lina Nadhirah Kelembutan/yang berseri
Liya Zafirah Yang beroleh kemenangan
Laila Nahwah Keseronokan,
kekasih / berakal
Nawal Atiyah Memperolehi
sesuatu/pemberian
Nawal Najah Hadiah/kejayaan
Wafa Thahirah Kesetiaan/yang suci
Wani Hazirah Mutiara/pilihan yang
terbaik
Watin Wardah Yang sempurna/sekuntum
bunga mawar
Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna
Wafiy Munirah Setia/yang
cantik
Tidak ada komentar:
Posting Komentar